Sunday, January 12, 2020

5 Tips Beli Pakaian Musim Sejuk Dengan Murah Dan Jimat

Snow Cap,Beanie Hat Yang Selesa Dan Cantik Dari Hijab For Traveller

Assalamualaikum
Musim sejuk merupakan ‘timing’ yang paling ditunggu di kalangan kaki travel.Antara destinasi percutian luar negara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah negara-negara yang mempunyai iklim sejuk seperti Korea.Tarikan utamanya pastilah untuk merasai sendiri suasana suhu sejuk dan bermain salji.
Namun kos untuk memiliki pakaian musim sejuk serta aksesorinya adalah sangat mahal.Jadi macam mana nak beli pakaian musim sejuk dengan murah dan jimat?Sebenarnya kalau tahu ‘lubuk’ dan tips yang betul, korang boleh berjimat dengan banyak!
Ok jom tengok 5 tips berguna dan penting bila membeli pakaian musim sejuk

5 Tips Beli Pakaian Musim Sejuk

Beli Keperluan Bukan Kehendak

Sebelum membeli,pastikan korang senaraikan keperluan sewaktu bercuti musim sejuk.Jangan masukkan sekali kehendak yang tidak membantu.Senaraikan item keperluan asas musim sejuk seperti inner kepala.snow cap,beanie hat,jaket, seluar, pakaian dalam, stoking, scaft, kasut, sarung tangan dan sebagainya.Dengan senarai pembelian, korang tidak akan melebihi had budjet dan mengelakkan pembelian yang tidak sepatutnya.Jadi pembeli yang bijak, lebih terancang, yang mana tidak membazirkan wang terhadap item yang tidak diperlukan.

Harga Dan Kualiti

Ramai yang teringin nak pakai winter coat yang bergaya.Tak kurang juga ada yang lebih mementingkan jenama dari kualiti.Barang berjenama sememangnya lebih mahal.Tapi murah tidak semestinya tidak berkualiti.Buat pertimbangan yang wajar dan pilih mengikut budget dan kualiti.Jadi pembeli yang bijak!Kalau rajin,selalu grab time sale hujung tahun terutamanya waktu krismas sale.

Survey Online Shop!

Sebenarnya kan, kebanyakan online shop menawarkan harga yang lebih murah. Tidak kurang ada juga yang ‘mark-up’ harga kaw-kaw.Macam Amni cakap tadi,jadi pengguna yang bijak.Buat perbandingan sebelum membeli.Seorang pembeli yang bijak akan survey di kebanyakan tempat.

Jangan Ikut Trend!

Abaikan trend fesyen terkini tetapi sebaliknya mencari item yang nampak sepadan dengan gaya anda.Walaupun mungkin bukan fesyen terkini, tetapi fesyen lama tetap nampak cantik jika pandai digayakan.Apa yang lebih menarik, kebanyakkan item ini selalunya lebih murah pada akhir musim.Pelbagai tawaran diskaun akhir musim yang menarik– inilah waktu yang sesuai untuk berbelanja!

Topi Dan Skarf Benda Wajib

5 Tips Beli Pakaian Musim Sejuk Dengan Murah Dan Jimat
Selain winter coat, snow cap ataupun beanie hat antara item yang WAJIB di beli terlebih dahulu sebelum bercuti.Ianya agak mustahak kerana ia akan membantu badan kita memperlahankan kehilangan haba melalui kepala.
Suhu yang sejuk bukanlah perkara yang main-main. Silap percaturan, pemilihan snow cap yang tidak sesuai boleh membuatkan anda demam dan jatuh sakit.
Apa guna bercuti bila sakit dan hanya mampu terperap dalam bilik, bukan?
Adakah snow cap dan beanie hat ni mahal?
Tak,dengan serendah RM 59.00 sahaja korang dah boleh memiliki snow cap dan beanie hat ini dari Hijab For Traveller.
Jenama Hijab For Traveller bukan lagi satu jenama yang asing di kalangan traveller di Malaysia.Malah jenama ini sering meniti di bibir-bibir kaki travel baik lelaki mahupun perempuan.
Mengetengahkan produk snow cap,beanie hat dan puffy inner khusus untuk traveller muslim , jenama Hijab For Traveller menjadi pilihan nombor satu oleh traveller sebagai salah satu pemakaian harian sewaktu travel.
Hijab For Traveller merupakan pengeluar Qooplooc snow cap ataupun dikenali sebagai beanie hat. Sesuai dipakai luar dan dalam, snow cap HFT boleh diterbalikkan mengikut keselesaan.Malah snow cap sebenarnya melindungi bahagian kepala dan telinga dari kesejukan yang melampau sewaktu travel.
5 Tips Beli Pakaian Musim Sejuk Dengan Murah Dan Jimat
snow cap murah dan selesa
Snow cap,beanie hat HFT dihasilkan dari material Premium Knitted Cotton.Kainnya lebih memeri iaitu boleh meregang mengikut saiz kepala.Malah snow cap,beanie hat HFT juga terletak dan grip mengikut keselesaan si pemakai.Yang penting tak ketat dan tidak meninggalkan bekas di dahi.
Selain snow cap dan beanie hat, HFT juga mengeluarkan Puffy Inner . Puffy inner merupakan inner bersanggul yang kelihatan natural sanggulnya dan amat sesuai untuk hijabers berambut pendek ke sederhana panjang. Ia sesuai dipakai seharian. Kainnya juga boleh diregangkan , grip dan selesa. Inner ini juga tidak mencengkam telinga,anti bau dan menyerap peluh kerana ia diperbuat daripada material ‘knitted cotton’ yang premium.

Friday, January 10, 2020

Anak Tudung Tak Selesa? Tips Ni Boleh Bantu Anda

Anak tudung merupakan satu aksesori yang wajib bagi wanita yang memakai tudung. Tapi pemilihan anak tudung yang salah akan membuatkan anda rasa tidak selesa memakainya. Dalam artikel ini Kak Emma nak kongsikan kepada anda beberapa tips untuk pilih anak tudung yang selesa untuk dipakai.

Siapa yang boleh nafikan peranan anak tudung sebagai aksesori wajib bagi wanita bertudung? Benda ini memang wajib dipakai kalau anda nak tudung yang anda pakai tu nampak kemas dan trendy.

Apa jadi kalau tak pakai anak tudung?

Ok kalau tak pakai anak tudung, rambut anda tu akan dapat dilihat dengan jelas disebalik tudung yang anda pakai tu. Lagi satu kan nampak buruk kalau dekat tudung anda tu tiba-tiba ada nampak rambut anda keluar daripada tudung anda.

 Asal nak tutup aurat, tapi bila rambut tu nampak keluar dari celah-celah tudung kan dah dedahkan aurat pulak. Jadi mana tujuan utama tudung tu nak tutup aurat kalau dah nampak rambut keluar dari tudung?

 Kalau rambut tu terjaga rapi ok jugak, tapi kalau rambut tu kusut atau rosak kan malu kalau semua orang tengok!

Ok mungkin ada yang tak pakai anak tudung ni sebab tak selesa dipakai. Gatal kepala, panas, berat, ketat dan macam-macam lagilah.



Kalau nak tahu, semua tu terjadi sebab anda tak pilih anak tudung anda dengan betul. Haaa... Sebab tu lah anak tudung yang anda pakai tu rasa tak selesa!

Nak pilih anak tudung, ikut tips yang Kak Emma share ni.

 1. Pilih Material Yang Bagus

Memang semua orang nak berjimat, nak beli yang murah. Kalau boleh dapat free pun tak apa. Kak Emma tak cakap benda tu salah, tapi kalau dapat yang harga murah atau FREE memang best.

Tapi yang paling penting, selesa ke nak pakai? Cuba fikir, anda nak pakai tapi rasa tak selesa. Berbaloi tak anda beli dengan harga murah atau free tadi?


Yang paling penting bila nak pilih anak tudung ni adalah keselesaan bila memakai. Orang kata alah membeli menang memakai kan?

Jadi macam mana nak cari anak tudung yang selesa dipakai? Jawapannya mudah je. Kena cari material yang bagus, barulah sedap dipakai.

Macam mana nak tentukan material yang bagus tu? Ikut pengalaman Kak Emma sendiri, kalau nak cari material yang bagus tu, cari kain yang tak berat, stretchable dan paling penting sekali breathable.


Kenapa kena cari material yang macam ni? Senang cerita bila anda pakai, tak la rasa berat atas kepala, lepas tu tak pulak rasa anak tudung tu cengkam kepala anda. Yang breathable pulak untuk pastikan kulit anda boleh bernafas. Barulah tak rasa panas dan gatal-gatal atas kepala tu.

 Macam mana? Setakat ni faham ke faham? Jom teruskan!

 2. Pilih Design Yang Trendy

Yang ni yang paling Kak Emma sangat particular. Design yang nak dipakai tu ikut trend ke tak?

Kita sebagai wanita ni tak nak lah nanti orang kata nanti ketinggalan zaman pulak kan? Jadi pilihlah design yang sesuai dengan trend sekarang.

Contoh macam sekarang tengah trending dan viral pasal anak tudung Puffy Inner. Tak pernah dengar pasal Puffy Inner?

Alah... Yang inner boleh bagi efek sanggul tu. Yang kalau orang berambut pendek pakai boleh nampak macam ada sanggul yang natural bila pakai Puffy Inner ni.





Nak tengok design-design Puffy Inner yang gojes-gojes? Boleh tengok dekat website official Puffy Inner.

Dah ramai yang jatuh cinta lepas pakai Puffy Inner ni. Kak Emma pun salah seorang yang dah jatuh cinta dengan Puffy Inner ni.

3. Pilih Warna Yang Match Dengan Tudung

Ni pun penting untuk diambil perhatian. Jangan pakai inner yang tak match dengan warna tudung. 

Kalau tudung yang anda pakai tu kain jenis jarang dan nipis, memang sangat penting untuk pilih warna inner yang sesuai dengan tudung tadi.

Contoh kalau tudung tadi warna cerah, janganlah pakai warna inner yang gelap atau hitam. Nanti nampak dalam tu. Sebaiknya carilah warna-warna yang cerah dan masuk dengan warna tudung tadi. 

Tapi kalau tudung tu warna gelap dan tak jarang, gunalah warna apa pun asal selesa nak dipakai.

Tak tahu nak pilih warna apa, anda boleh tengok warna-warna yang ada dekat koleksi Puffy Inner. Ada banyak warna yang anda boleh padankan dengan tudung anda. Harga pun mampu milik.




Cukup kot 3 tips ni yang Kak Emma kongsikan dengan anda tentang macam mana nak cari anak tudung yang selesa dipakai.

Kalau anda nak cari inner yang best dan gojes boleh checkout Puffy Inner. Kak Emma memang recommend anda guna Puffy Inner ni sebab memang selesa dipakai.

Kenapa Kak Emma tahu? Sebab Kak Emma pun pakai Puffy Inner ni hari-hari!



Dulu pernah juga guna inner jenama lain, tapi bila try je Puffy Inner ni, Kak Emma terus jatuh cinta. Kalau keluar tak pakai Puffy Inner ni akan rasa tak lengkap dan confidence level Kak Emma tak tinggi.

Bila pakai Puffy Inner ni aura dia lain macam. Kak Emma rasa sangat confidence bila berhadapan dengan orang ramai sebab Kak Emma tahu yang my looks is perfect with Puffy Inner.

Anda boleh tengok testimoni-testimoni lain daripada pengguna Puffy Inner yang dah gunakannya.




Nak tahu lebih lanjut pasal Puffy Inner ni, boleh terus ke http://www.hijabfortraveller.com/shop

Hanya anak tudung yang original sahaja daripada Hijab For Traveller ya!

Thursday, January 9, 2020

Snow cap @ beanie hat untuk holiday musim sejuk


'SUKA HOLIDAY KE LUAR NEGARA SEMASA MUSIM SEJUK? SNOW CAP SATU KEMESTIAN'

Siapa jer yang tak suka. Dapat tengok tempat orang dan menikmati pengembaraan yang sangat hebat. Sudah tentu bermain salji adalah antara aim utama untuk yang pertama kali merasai mengalaman hebat ini.

Banyak persiapan perlu dibuat agar bersedia dengan cuaca sejuk yang melampau tuh. Dengan adanya penerbangan mampu milik seperti Air Asia, ramai dah rakyat Malaysia bercuti ke luar negara seperti Korea dan Jepun semasa musim sejuk.

Disebabkan itu, terfikir pihak Hijab For Traveller untuk menjadi pengeluar snow cap atau beanie hat yang berkualiti. Kami menamakan ia Qooplooc. Berbangga memakai snow cap jenama dari Malaysia tau! Banyak keistimewannya

+ Free size, sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun sehingga dewasa
+ '2 in1' penjimatan yang banyak kerana dengan ha ya sehelai snow cap, dapat digayakan dengan 2 cara
+ Dwi warna, ada antara koleksi khas kami yang unik mempunyai 2 warna dalam sehelai snow cap
+ Semestinya diperbuat daripada knitted cotton yang premium sahaja
+ Kain yang grip dan tak menyakitkan kepala
+ 6 warna menarik

Dengan harga yang sangat berpatutan, boleh miliki snow cap Qooplooc di laman sesawang kami








Anak tudung Puffy Inner



‘YESSSS, TETAP NAMPAK BERGAYA SEPERTI BERSANGGUL SEMASA BERHIJAB, WALAUPUN SEBENARNYA RAMBUT PENDEK’

Stress tau, musim panas macam sekarang, malas nak asyik ikat rambut di sebalik tudung. So, penyelesaiannya potong rambut menjadi pendek! Kalau tak pakai anak tudung, rambut dan anak rambut akan bersepah tak kemas pula apabila bertudung. Tapi, alamak! Bila pakai tudung, nampak tak berjiwa pula bahagian belakang kepala. Tak umpphh. Flat jer. Huaaaa!

Fuh! Nasib baik ada anak tudung Puffy Inner ni. Kawan kata tengah viral di social media

+ memberi efek bersanggul natural kepada wanita Muslimah yang memakai tudung, tetapi berambut pendek

+ anak tudung bersanggul yang sangat selesa

+ kainnya memeri jadi tidak menyakitkan telinga, selalunya jika ini terjadi, hijabers akan cepat berasa pening kepala

+ walaupun diperbuat daripada kain kapas kait @knitted cotton, anak tudung Puffy Inner tidak panas dan selesa dipakai sepanjang hari

+ serap peluh dan anti bau

+ material kapas kait yang ringan

+ packagingnya comel jer, jatuh cinta bila memandangnya

Aha! Sekarang boleh dapatkan anak tudung Puffy Inner ni di laman sesawang Hijab For Traveller. Ada FREE GIFT tau.

Klik link ini sekarang  www.hijabfortraveller.com/shop

Hanya anak tudung Puffy Inner yang original sahaja daripada Hijab For Traveller ye.

via Hijab for Traveller https://ift.tt/vM51gBb